Thursday 10 November 2016

Tips Persediaan ke Darjah Satu

Bismillah..
Dah lama tak menulis. Bila dah jadi surirumah sekarang, boleh la sambung balik menulis.

Ok. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Mesti ada ibu bapa yang excited anak sulung nak masuk Darjah / Tahun 1 kan? Excited nak beli baju sekolah, alat tulis, beg sekolah. Tapi, tak dapat nak agak apa quantity yang sepatutnya untuk setiap barang yang nak kena beli. Tahun lepas, saya pun sama. Naqib baru nak masuk Tahun 1. Saya banyak bertanya dengan kawan-kawan yang dah ada pengalaman macam Nujaimi & Kak Lena. Masa tu masih kerja di MMHE lagi. So,  saya nak share apa yang saya dah praktikkan. Moga-moga bermanfaat pada yang memerlukan.

Tip beli baju sekolah:

Anak lelaki:
1) Baju uniform (Baju kemeja + seluar biru)- beli paling banyak 2 pasang sahaja sebab dalam seminggu murid-murid akan pakai baju uniform 2 kali sahaja. Beli satu size besar. Maklumla..nak pakai setahun, budak-budak kan cepat membesar.

2) Seluar sukan (warna hitam/ blue-black - plain) - beli 2 helai jugak. Dalam seminggu, murid-murid kena pakai baju senam 2 kali.

3) Baju melayu (baju melayu + songkok + samping)- paling sikit 3 pasang. Kena pakai setiap hari Khamis / Jumaat. Guna untuk ke sekolah agama jugak.

Anak perempuan:
1) Baju uniform (Baju kurung + kain biru)- paling minimum 3 pasang. Beli satu size besar. Maklumla..nak pakai setahun, budak-budak kan cepat membesar.

2) Seluar sukan (warna hitam/ blue-black - plain) - beli 2 helai jugak. Dalam seminggu, murid-murid kena pakai baju senam 2 kali.

3) Tudung - haaa...yang ni kena beli banyak skit. Paling minimum 4 helai. 2 helai untuk sekolah kebangsaan & 2 helai untuk sekolah agama. Lencana kena tampal kat tudung so tak boleh nak recycle. Kalau anak-anak yang jenis comot-comot masa makan tambah pula mak yang tak sempat nak selalu basuh dan gosok tudung anak, boleh la beli lebih.

4) Anak tudung (Putih / hitam)

Anak lelaki & perempuan
1) Singlet - minimum 3 helai

2) Stokin (putih)- awal-awal ni minimum 3 helai. Stokin ni macam barang pakai buang. sekejap je nak kena beli baru. kalau ada budget lebih boleh beli banyak buat stok.

3) Kasut (putih) - beli sepasang dulu dah cukup. kalau dapat beli 2 pasang pun ok jugak. Kalau satu kotor atau basah, ada lagi satu spare. Masa setengah tahun, saya dah kena beli kasut baru sebab Naqib dah tak muat. So, tahun ni saya plan nak beli sepasang je masa awal tahun. Kasut lama buat spare. Pastu kat sekolah Naqib, kasut jenis sarong tu tak boleh pakai rupanya. So, make sure beli kasut yang berpelekat / bertali.


Tips beli alat tulis, beg dan lain-lain:
 1) Beg - 1 untuk sekolah kebangsaan + 1 untuk sekolah agama. Kalau boleh beg sekolah kebangsaan beli yang besar. Senang muat semua buku sekali bawa. Kalau jenis badan kurus (macam Naqib), baik belikan yang ada roda. Beg ni, kalau nak tahan lama, baik beli yang ada quality. Harga agak mahal tapi tahan.

2) Bekas pensel - beli yang jenis kain. Kalau yang jenis kotak tu cepat je rosaknya. Sama ada besi dia tercabut atau budak-budak buat main baling-baling sampai kemek. Beli yang kecik je dah ok untuk muatkan 2 batang pensel, pemadam, pembaris pendek dan pengorek.

3) Pensel warna - kalau yang kotak panjang (12 batang) mungkin boleh beli 2 kotak dulu. Budak darjah 1 banyak aktiviti mewarna. Jadi kalau beli lebih pun ok.

4) Pensel, pemadam, pengorek, pembaris, gam & gunting - Beli banyak buat stok. Barang-barang ni memang selalu nak kena topup. Hilang la, cicir la, kawan ambil la, patah la. Buat la tagging macam mana pun kat barang-barang tu, memang selalu hilang.

5) Sampul buku plastik - 2 gulung dah cukup. Selotep jangan lupa.

Tips berjimat & Tips kewangan:
1) Kalau nak beli alat tulis banyak untuk buat stok, lebih baik beli di kedai yang memang khas menjual alat tulis. Ada kedai yang menawarkan harga yang jauh lebih murah jika kita beli dalam kuantity yang banyak. Banyak tu takde la sampai tahap nak bukak kedai. Contohnya, kalau beli pemadam lebih 6 keping, harga boleh turun lagi 20sen sekeping. Contoh je tu. Kalau rasa banyak sangat, boleh buat pakatan dengan kawan2 sepejabat atau adik beradik lain. Memang banyak beza harganya. Saya selalu beli kat kedai Syarikat Kiang, Pusat Pandar Pasir Gudang. Kalau ada member card, boleh dapat lagi murah. Biasanya kedai-kedai ni mula buat sale bulan Disember. Jadi, dah bolehla standby kan budget.

2) Baju sekolah yang brand biasa-biasa pun dah ok dah. Yang penting senang gosok, tak mudah koyak dan tak mudah kuning.

3) Boleh start beli berperingkat. Contohnya, gaji bulan Oktober beli alat tulis. Gaji bulan November beli baju sekolah. Gaji bulan Disember harusla untuk bayar buku sekolah dll.

4) Duit belanja harian - saya bagi RM2 sehari je. Tapi saya bekalkan air jadi dah boleh jimat.

Saya rasa setakat ni dulu perkongsian saya. Kalau ada yang tertinggal, nnt saya update.
Moga bermanfaat.

Regards, FZL

Monday 28 January 2013

peringatan Allah dtg dlm pelbagai cara....

dua hari lepas, Naqib mengadu sakit perut. mama buat apa yg perlu. Naqib nampak aktif je jadi mama tak risau sgt. mlm tadi Naqib masuk tidur awal. saing dengan adik. sblm tidur tu Naqib minta mama popok...tapi mama kata sekejap lagi sbb mama tgh susukan adik. tp mama popok jugak...ala kadar..masa tu baru mama sedar Naqib still sakit perut lagi.

masa sembahyang maghrib, mama tersedar yg sejak adik ada, mama selalu abaikan naqib, selalu marah naqib,  selalu buat2 dgr je apa yg naqib cakap. tetiba mama sedih sgt. what if permintaan Naqib tadi ( mintak mama popok) tu is ur last wish... kalau jadi apa2 pada naqib, mama akan salah kan diri mama sbb mama tak jaga naqib dgn baik.

mungkin naqib sakit perut sbb Allah nak ingatkan mama yg kena jg anak2 mama dgn adil.

mama akan cuba.

mama sayang Naqib.

Tuesday 8 January 2013

kembali terjalin

wah..dah setahun lebih rupanya tak tulis apa-apa kat blog...

dlm sethn ni, macam-macam dah berlaku...

1) mama dah kerje kat tempat baru.
2) mama dah tukar kereta baru.
3) mama dah dpt baby baru...baby girl
4) papa dah tukar kereta baru.
5) naqib dah masuk sekolah.

well...byk nak tulis tapi takdw masa..harap2 lepas ni mama blh update selalu bloh ni so that akan ada kenangan yg boleh mama n anak2 mama baca nnt...insyaallah.

Sunday 9 October 2011

Suntikan Depo Provera

Sebulan selepas melahirkan Naqib ( Feburari 2009), mama bertemu dengan Jururawat Masyarakat (Bidan). Ketika itu mama memang merancang untuk merancang kehamilan dan telah memilih kaedah suntikan hormon.

Kenapa mama memilih untuk merancang kehamilan seterusnya? Ini kerana mama rasa mama memerlukan masa untuk diri mama belajar mengurus, mendidik and memberikan sebanyak mungkin kasih sayang pada anak sulung mama, Naqib. Islam mempunyai hukum mengenai perkara ini. Boleh refer di link ini untuk keterangan yang lebih detail.

Mama pun ingin berkongsi  tentang kaedah yang mama pilih untuk proses merangcang ini. Mama telah memilih untuk mengambil suntikan depo previra. Apa itu Suntikan Depo Provera  & apakah kesan pengambilannya? Jom, kita baca lebih detail lagi.

Suntikan Depo Provera  ialah salah satu cara pencegah kehamilan. Ia mengandungi hormon yang bernama depot medroxyprogesterone acetate [DMPA]. Hormon ini akan memekatkan mukus/lendir pada pintu rahim dan menjadikan sperma susah untuk masuk. Ia juga akan menyebabkan lapisan rahim menipis dan akan mencegah kehamilan berlaku

Apa kelebihan kaedah ini:
1.      Kebarangkalian untuk hamil ialah kurang dari 1%. Boleh dikategorikan antara yang sangat berkesan.
2.      Suntikan diambil setiap 12 minggu. Untuk yang selalu lupa makan ubat, kaedah ni sangatla sesuai.
3.      Tidak memberi kesan buruk untuk breastfeeding mommy.

Apa pula keburukan kaedah ini:
  1. Pendarahan yang tidak teratur.
Pengalaman mama, tiada pendarahan (haid) berlaku sepanjang  (Februari 2009 – Mac 2011) mengambil suntikan kecuali pada bulan Ramadhan 1430 / 2009 ( lebih 8 hari sampai mama jumpa doktor minta pil hentikan pendarahan).

  1. Kebanyakan orang yang mengambil hormon ini kata, once stop taking this injection, they will be no immediate fertilisation. Maksudnya, bila kita dah stop ambil hormon ni (12 minggu lepas suntikan terakhir), biasanya kita masih belum didatangi haid. Ada sesetengah pendapat kata lebih lama kita mengamalkan kaedah ini, lebih lambat kitaran haid kita kembali normal. OK, ini sangat tidak sesuai untuk ibu-ibu yang ingin segera hamil selepas merancang.
Bagi mama, the first cycle (after stop taking hormone) is about 8 bulan selepas suntikan terakhir. Itu pun hanyalah satu spot. Bulan berikutnya, keadaan masih sama. Tapi mama noticed that tarikh kejadian tu about the same. Yeay, Mama dah rasa macam cycle mama dah nak normal. Then, the third month, mama dah normal. Alhamdulillah. Tak perlu risau lagi. Kembali menjadi wanita normal. J

  1. Mengurangkan kandungan kalsium dalam badan – reversible effect setelah menghentikan pengambilan suntikan.
Lepas berhenti, mama diserang sakit lutut (sebelah kanan) tahap yang mengganggu pergerakan mama (susah nak berjalan dan bangun dari sujud). Bila jumpa doktor, barulah mama tahu sebenarnya sakit lutut ni adalah kesan sampingan suntikan yang mama ambil. So, kena banyakkan pengambilan kalsium untuk ganti balik kalsium yang dah kurang tu.

  1. Peningkatan nafsu makan membawa kepada peningkatan berat badan.
Ni cerita kelakar.. Lepas bersalin, Mama memang kurus macam masa sekolah menengah. Lepas tu berat badan naik. Konon-konon sebab mama amik suntikan ni la agaknya. Tapi nafsu makan biasa je.. Papa sampai nak belikan mama JusMate5 (ubat kurus). L Tapi, bila Mama fikir balik, berat mama naik & maintain macam sebelum mengandung je sebenarnya. So, rasanya, ini bukan effect dari suntikan.


  1. Sakit kepala.
Once the last injection taken, 4-5 months after that memang mama selalu kena headache. Just a minor headache.

  1. Krem perut
Side effect ni, mama tak rasa pun.

  1. Rambut Gugur
Yang ni pun mama rasa mama  tak kena.

  1. Penurunan hasrat seksual
Ehm, absolutely right. Not able to give further comment.

Kesimpulannya, setiap perkara yang kita lakukan, memang ada baik dan buruknya. Selagi ianya tidak melanggar mana-mana hukum & peraturan, kita boleh menjadikannya salah satu pilihan. So, pada mama suntikan depo privera ini memang effektif pada mama. Kesan sampingan yang ada, pada mama sangat minimal & masih boleh diatasi. Adakah mama mencadangkan ibu-ibu mengambil suntikan ini? Well, tepuk dada, tanya selera ye sebab setiap wanita level hormon lain. So, kesan (positive & negative) itu bergantung kepada level hormon wanita itu sendiri. Yang paling penting, yakinlah Allah mempunyai perancanganNya sendiri.  

Semoga mendapat manfaat.


Regards,
 FZL

Wednesday 5 October 2011

The countdown has started

21 days left to work with SDE
which also means I have only 21 days to complete all pending works escpecially the safety & life saving package. There are another 5 items which I need to issue PO. One of them will require tender committee sitting level 4 since the estimated cost is about RM3M.  Since Hafiz (my section clique) is also leaving the company which left Mohammad alone, I hope I will be able to setle all of this before my depature.

OK, the positive of this countdown is : it is now 25 days away from working with new company. I will try not to hope for the BEST EVER working environment will be but at least able to adopt with what ever working environment will it be. May only the best for me. Amin.


Regards,
FZL