Thursday 10 November 2016

Tips Persediaan ke Darjah Satu

Bismillah..
Dah lama tak menulis. Bila dah jadi surirumah sekarang, boleh la sambung balik menulis.

Ok. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Mesti ada ibu bapa yang excited anak sulung nak masuk Darjah / Tahun 1 kan? Excited nak beli baju sekolah, alat tulis, beg sekolah. Tapi, tak dapat nak agak apa quantity yang sepatutnya untuk setiap barang yang nak kena beli. Tahun lepas, saya pun sama. Naqib baru nak masuk Tahun 1. Saya banyak bertanya dengan kawan-kawan yang dah ada pengalaman macam Nujaimi & Kak Lena. Masa tu masih kerja di MMHE lagi. So,  saya nak share apa yang saya dah praktikkan. Moga-moga bermanfaat pada yang memerlukan.

Tip beli baju sekolah:

Anak lelaki:
1) Baju uniform (Baju kemeja + seluar biru)- beli paling banyak 2 pasang sahaja sebab dalam seminggu murid-murid akan pakai baju uniform 2 kali sahaja. Beli satu size besar. Maklumla..nak pakai setahun, budak-budak kan cepat membesar.

2) Seluar sukan (warna hitam/ blue-black - plain) - beli 2 helai jugak. Dalam seminggu, murid-murid kena pakai baju senam 2 kali.

3) Baju melayu (baju melayu + songkok + samping)- paling sikit 3 pasang. Kena pakai setiap hari Khamis / Jumaat. Guna untuk ke sekolah agama jugak.

Anak perempuan:
1) Baju uniform (Baju kurung + kain biru)- paling minimum 3 pasang. Beli satu size besar. Maklumla..nak pakai setahun, budak-budak kan cepat membesar.

2) Seluar sukan (warna hitam/ blue-black - plain) - beli 2 helai jugak. Dalam seminggu, murid-murid kena pakai baju senam 2 kali.

3) Tudung - haaa...yang ni kena beli banyak skit. Paling minimum 4 helai. 2 helai untuk sekolah kebangsaan & 2 helai untuk sekolah agama. Lencana kena tampal kat tudung so tak boleh nak recycle. Kalau anak-anak yang jenis comot-comot masa makan tambah pula mak yang tak sempat nak selalu basuh dan gosok tudung anak, boleh la beli lebih.

4) Anak tudung (Putih / hitam)

Anak lelaki & perempuan
1) Singlet - minimum 3 helai

2) Stokin (putih)- awal-awal ni minimum 3 helai. Stokin ni macam barang pakai buang. sekejap je nak kena beli baru. kalau ada budget lebih boleh beli banyak buat stok.

3) Kasut (putih) - beli sepasang dulu dah cukup. kalau dapat beli 2 pasang pun ok jugak. Kalau satu kotor atau basah, ada lagi satu spare. Masa setengah tahun, saya dah kena beli kasut baru sebab Naqib dah tak muat. So, tahun ni saya plan nak beli sepasang je masa awal tahun. Kasut lama buat spare. Pastu kat sekolah Naqib, kasut jenis sarong tu tak boleh pakai rupanya. So, make sure beli kasut yang berpelekat / bertali.


Tips beli alat tulis, beg dan lain-lain:
 1) Beg - 1 untuk sekolah kebangsaan + 1 untuk sekolah agama. Kalau boleh beg sekolah kebangsaan beli yang besar. Senang muat semua buku sekali bawa. Kalau jenis badan kurus (macam Naqib), baik belikan yang ada roda. Beg ni, kalau nak tahan lama, baik beli yang ada quality. Harga agak mahal tapi tahan.

2) Bekas pensel - beli yang jenis kain. Kalau yang jenis kotak tu cepat je rosaknya. Sama ada besi dia tercabut atau budak-budak buat main baling-baling sampai kemek. Beli yang kecik je dah ok untuk muatkan 2 batang pensel, pemadam, pembaris pendek dan pengorek.

3) Pensel warna - kalau yang kotak panjang (12 batang) mungkin boleh beli 2 kotak dulu. Budak darjah 1 banyak aktiviti mewarna. Jadi kalau beli lebih pun ok.

4) Pensel, pemadam, pengorek, pembaris, gam & gunting - Beli banyak buat stok. Barang-barang ni memang selalu nak kena topup. Hilang la, cicir la, kawan ambil la, patah la. Buat la tagging macam mana pun kat barang-barang tu, memang selalu hilang.

5) Sampul buku plastik - 2 gulung dah cukup. Selotep jangan lupa.

Tips berjimat & Tips kewangan:
1) Kalau nak beli alat tulis banyak untuk buat stok, lebih baik beli di kedai yang memang khas menjual alat tulis. Ada kedai yang menawarkan harga yang jauh lebih murah jika kita beli dalam kuantity yang banyak. Banyak tu takde la sampai tahap nak bukak kedai. Contohnya, kalau beli pemadam lebih 6 keping, harga boleh turun lagi 20sen sekeping. Contoh je tu. Kalau rasa banyak sangat, boleh buat pakatan dengan kawan2 sepejabat atau adik beradik lain. Memang banyak beza harganya. Saya selalu beli kat kedai Syarikat Kiang, Pusat Pandar Pasir Gudang. Kalau ada member card, boleh dapat lagi murah. Biasanya kedai-kedai ni mula buat sale bulan Disember. Jadi, dah bolehla standby kan budget.

2) Baju sekolah yang brand biasa-biasa pun dah ok dah. Yang penting senang gosok, tak mudah koyak dan tak mudah kuning.

3) Boleh start beli berperingkat. Contohnya, gaji bulan Oktober beli alat tulis. Gaji bulan November beli baju sekolah. Gaji bulan Disember harusla untuk bayar buku sekolah dll.

4) Duit belanja harian - saya bagi RM2 sehari je. Tapi saya bekalkan air jadi dah boleh jimat.

Saya rasa setakat ni dulu perkongsian saya. Kalau ada yang tertinggal, nnt saya update.
Moga bermanfaat.

Regards, FZL

No comments:

Post a Comment