Sunday 9 October 2011

Suntikan Depo Provera

Sebulan selepas melahirkan Naqib ( Feburari 2009), mama bertemu dengan Jururawat Masyarakat (Bidan). Ketika itu mama memang merancang untuk merancang kehamilan dan telah memilih kaedah suntikan hormon.

Kenapa mama memilih untuk merancang kehamilan seterusnya? Ini kerana mama rasa mama memerlukan masa untuk diri mama belajar mengurus, mendidik and memberikan sebanyak mungkin kasih sayang pada anak sulung mama, Naqib. Islam mempunyai hukum mengenai perkara ini. Boleh refer di link ini untuk keterangan yang lebih detail.

Mama pun ingin berkongsi  tentang kaedah yang mama pilih untuk proses merangcang ini. Mama telah memilih untuk mengambil suntikan depo previra. Apa itu Suntikan Depo Provera  & apakah kesan pengambilannya? Jom, kita baca lebih detail lagi.

Suntikan Depo Provera  ialah salah satu cara pencegah kehamilan. Ia mengandungi hormon yang bernama depot medroxyprogesterone acetate [DMPA]. Hormon ini akan memekatkan mukus/lendir pada pintu rahim dan menjadikan sperma susah untuk masuk. Ia juga akan menyebabkan lapisan rahim menipis dan akan mencegah kehamilan berlaku

Apa kelebihan kaedah ini:
1.      Kebarangkalian untuk hamil ialah kurang dari 1%. Boleh dikategorikan antara yang sangat berkesan.
2.      Suntikan diambil setiap 12 minggu. Untuk yang selalu lupa makan ubat, kaedah ni sangatla sesuai.
3.      Tidak memberi kesan buruk untuk breastfeeding mommy.

Apa pula keburukan kaedah ini:
  1. Pendarahan yang tidak teratur.
Pengalaman mama, tiada pendarahan (haid) berlaku sepanjang  (Februari 2009 – Mac 2011) mengambil suntikan kecuali pada bulan Ramadhan 1430 / 2009 ( lebih 8 hari sampai mama jumpa doktor minta pil hentikan pendarahan).

  1. Kebanyakan orang yang mengambil hormon ini kata, once stop taking this injection, they will be no immediate fertilisation. Maksudnya, bila kita dah stop ambil hormon ni (12 minggu lepas suntikan terakhir), biasanya kita masih belum didatangi haid. Ada sesetengah pendapat kata lebih lama kita mengamalkan kaedah ini, lebih lambat kitaran haid kita kembali normal. OK, ini sangat tidak sesuai untuk ibu-ibu yang ingin segera hamil selepas merancang.
Bagi mama, the first cycle (after stop taking hormone) is about 8 bulan selepas suntikan terakhir. Itu pun hanyalah satu spot. Bulan berikutnya, keadaan masih sama. Tapi mama noticed that tarikh kejadian tu about the same. Yeay, Mama dah rasa macam cycle mama dah nak normal. Then, the third month, mama dah normal. Alhamdulillah. Tak perlu risau lagi. Kembali menjadi wanita normal. J

  1. Mengurangkan kandungan kalsium dalam badan – reversible effect setelah menghentikan pengambilan suntikan.
Lepas berhenti, mama diserang sakit lutut (sebelah kanan) tahap yang mengganggu pergerakan mama (susah nak berjalan dan bangun dari sujud). Bila jumpa doktor, barulah mama tahu sebenarnya sakit lutut ni adalah kesan sampingan suntikan yang mama ambil. So, kena banyakkan pengambilan kalsium untuk ganti balik kalsium yang dah kurang tu.

  1. Peningkatan nafsu makan membawa kepada peningkatan berat badan.
Ni cerita kelakar.. Lepas bersalin, Mama memang kurus macam masa sekolah menengah. Lepas tu berat badan naik. Konon-konon sebab mama amik suntikan ni la agaknya. Tapi nafsu makan biasa je.. Papa sampai nak belikan mama JusMate5 (ubat kurus). L Tapi, bila Mama fikir balik, berat mama naik & maintain macam sebelum mengandung je sebenarnya. So, rasanya, ini bukan effect dari suntikan.


  1. Sakit kepala.
Once the last injection taken, 4-5 months after that memang mama selalu kena headache. Just a minor headache.

  1. Krem perut
Side effect ni, mama tak rasa pun.

  1. Rambut Gugur
Yang ni pun mama rasa mama  tak kena.

  1. Penurunan hasrat seksual
Ehm, absolutely right. Not able to give further comment.

Kesimpulannya, setiap perkara yang kita lakukan, memang ada baik dan buruknya. Selagi ianya tidak melanggar mana-mana hukum & peraturan, kita boleh menjadikannya salah satu pilihan. So, pada mama suntikan depo privera ini memang effektif pada mama. Kesan sampingan yang ada, pada mama sangat minimal & masih boleh diatasi. Adakah mama mencadangkan ibu-ibu mengambil suntikan ini? Well, tepuk dada, tanya selera ye sebab setiap wanita level hormon lain. So, kesan (positive & negative) itu bergantung kepada level hormon wanita itu sendiri. Yang paling penting, yakinlah Allah mempunyai perancanganNya sendiri.  

Semoga mendapat manfaat.


Regards,
 FZL

9 comments:

  1. YOU rasa hasrat seksual menurun ketika mengambil suntikan depo??

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan. saya ambil depo provera dari anak pertama dan sambung semula selepas melahirkan anak kedua. ye ketara sangat badan saya jadi gemuk dan selalu rasa macam kurang kalsium(skit gigi) . tapi ini je lah cara nak merancang tgah pk camana nak turunkan berat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya juga salah seorang yang mengambil suntikan provera. Memang nak rancang kehamilan sebab jarak anak pertama dan kedua hanya setahun. So, setelah mencapai kata sepakat dengan suami selepas melahirkan anak yang kedua terus ambil suntikan depo. Selepas 3 bulan suntikan yang pertama memang tak datang haid lagi, sampailah sekarang ni dah 7 bulan. Normally, selepas 3 bulan memang nak kena ambil suntikan yang kedua ke sebab memang tak pernah datang bulan lagi selepas suntikan yang pertama.Atau kena tunggu datnag haid dulu baru boleh dapatkan suntikan depo semula? Harap perkongsian Puan dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. slm nk tnya jika amik depo blh bersamacm biasa atau perlu diluar

    ReplyDelete
  5. Salam.. saya baru sekali ambil injection depo ni.. tapi selapas 2 bulan sy period 17hari xberenti dan terpaksa sy pegi jumpa dr utk tanya pandangan dr.. dr bagi pill berhentibkan da arah.. selapas 7 hari sy period tapi hanya 3 hari dgn amoun yg banyak.. da selepas 10 hari period lagi sampai la skrg.. boleh sy tau ini normal ke utk pengambil injectin ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pndarahan banyak better seek for advice from your doctor.

      Delete
  6. Salam. Sis, saya dah stop sebulan injection ni. Tapi satu perkara yg saya perasan berat badan naik mendadak bila stop. Sedangkan masa ambil injection almost 1 year tu, berat badan maintain cun jer.. Sekarang tgh pening nak buat mcm mana..

    ReplyDelete
  7. Sy berumur 34 thn.sy ambil jarum 5 thn. Sy sdh berhenti ambil jarum pd bln 4 yg sepatutnya sy ambil jarum tu. Jd pd bln may sy period 1 hari sj lps tu bln jun sy period 1 mggu kemudian pd julai sy period 1 mgu 2 hari awal dr tarikh bln jun. Kemudian pd bln ogos 1 hb iaitu hari ni sy period darah hitam tu.selang br seminggu sy period bln julai. Adakah sy perg???? Sila bg penjelasan. Sb sy blm plan mahu preg lg.selama sy berhenti sy menggunakan kaedah pemakaian kondom.

    ReplyDelete