Friday 23 September 2011

Tabahla wahai anakku,Naqib.

Sejak kebelakangan ini, mama perhatikan ada beberapa kelakuan Naqib yang buatkan mama risau. Pertama, Naqib susah nak tidur. Nenek pun cakap Naqib tak tidur siang. Selalunya, kalau Naqib tak tidur siang, Naqib senang tidur malam. Tapi, dah seminggu ni, Naqib susah betul nak tidur.

Kadang-kadang, mama dah separa sedar, Naqib masih lagi tak tidur. Bukan setakat itu sahaja, kalau mama suruh Naqib tidur, Naqib akan cakap ”tak nak, tak nak, tak nak”. Sampai satu tahap, mama dah tak tahu nak buat apa. Kelmarin, mama terbaca satu artikel tentang kuasa ”Bismillahirrahmanirrahim”. Mama pun baca, menghayati maksud dan mintak doa agar Allah kurniakan mama dengan kasih sayang. Alhamdulillah, walaupun mama rasa nak naik suara pada Naqib, dengan kuasa Allah mama pandang je Naqib, dukung, baca zikir...terus Naqib tertidur. Tapi... ada tapi lagi  ni. Tapi tidur tak lena. Asyik merengek je dalam tidur.

Bukan masalah susah tidur je yang mama risaukan.

Satu petang, lepas mama balik kerja, macam biasala, mama masak kat dapur. Tiba-tiba Naqib datang dan cakap ”mama jom! Takut”. Ish, tak pernah mama ajar Naqib nak takut tiba-tiba. Mama ingat kot-kot ada la gambar apa-apa yang tak best kat TV, tapi...takde pun.


Tergerak hati mama nak baca pasal kesan psikologi pada kanak-kanak yang kehilangan orang yang rapat dengan mereka. Maklumla, Naqib baru kehilangan arwah atok (yang rapat dengan Naqib). Kemudian Papa pulak ditugaskan ke laut. Sehari selepas atok meninggal hari tu, Naqib demam. Jadi, mama rasa mungkin Psikologi Naqib sekarang sedang bertindak balas dengan keadaan Naqib ditinggalkan papa. Jadi, mama cari di internet dan jumpa beberapa artikal.  Ada 3 artikal yang mama jumpa tapi mama nak share satu artikel je. Boleh check kat link ni http://www.athealth.com/consumer/disorders/childgrief.html.

Artikel ni tentang kajian kat US untuk kanak-kanak range umur 6-12 years old tentang kanak-kanak yang kematian ibu bapa. Mama dan Papa Naqib masih ada (Moga Allah panjangkan umur kami) cuma papa pergi offsore yang jauh nya mama susah nak kira. Mama tapis kandungan artikel and padankan dengan umur Naqib. So, mama jumpa dah jawapan kat masalah Naqib. Dalam artikel tu kata

What Are the Signs That a Grieving Child Needs Extra Help?

The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry (1998) cautions parents and teachers that, although most children grieve less over time, counseling might be considered if children exhibit several of these behaviors over an extended period:
  1. Depression so severe that a child shows little interest in daily activities
  2. Inability to sleep, eat normally, or be alone
  3. Regression in behavior to that of a less-mature child
  4. Imitation of the deceased person
  5. Repeatedly wishing to join the deceased
  6. Loss of interest in friends or play
  7. Refusal to attend school or a persistent and marked drop in school achievement
Merujuk pada artikel tersebut, Naqib exhibit :

a)       Inability to sleep or be alone.
Macam yang mama dah cerita kat atas, Naqib memang susah nak tidur. Kalau tidur pun , tak lena.
Naqib pun nak mama attend Naqib selalu.

b)       Regression in behavior to that of a  less-mature child
Mama perasan jugak, Naqib mintak mama layan Naqib macam baby. For example, minta dukung and tidurkan macam baby.

c)       Imitation of the deceased person
OK mama rasa Naqib takde la tiru / ajuk gaya arwah atok tapi Naqib tiru perbuatan Papa. Mama rasa Naqib teringat kat Papa.

d)       Repeatedly wishing to join the deceased.
In Naqib’s case, Naqib bukan nak join deceased tapi Naqib asyik sebut papa balik.. papa balik.. Mama rasa situation ni sama.


So, macam mana nak selesaikan masalah ni? Ikut pada artikel satu lagi (klik link ni ye: http://rockon2011.wordpress.com/2006/10/22/duka-kehilangan-orang-tersayang/)

 Dengan kanak-kanak, pakar-pakar psikologi dan psikiatri menyarankan, tiada yang lebih baik daripada bersikap jujur dan telus menceritakan apa yang sebenarnya telah terjadi.

So, mama akan berusaha sehabis boleh untuk terangkan semudah mungkin pada Naqib.

Harapan mama, Naqib boleh terima keadaan sebaik mungkin. Semoga dengan pengalaman ini, Naqib boleh menjadi seorang yang tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua situasi bila Naqib besar nanti.


Regards,
FZL

No comments:

Post a Comment