Thursday 29 September 2011

Naqib yang demam malam

Minggu ini, Naqib demam  tapi malam je. Malam Selasa dan Malam Khamis. Hari Khamis tu, mama risau juga masa kat tempat kerja. Takut demam Naqib merebak sbb malam sebelum tu badan Naqib panas sangat. Pagi tu pun, Naqib merengek nak ikut mama pergi kerja.. tak pernah Naqib cakap nak ikut..

Balik kerja petang Khamis, Nenek kata Naqib baru habis mengamuk. Masa mama sampai pun Naqib macam letih je. Nenek kata siang tu badan Naqib tak panas pun. Alhamdulillah. Tapi Nenek kata kalau Naqib demam malam lagi, mama kena bawa Naqib ke klinik for medical check up. So far, syukur alhamdulillah, Naqib dah sihat cuma susah nak tidur jer.

So tadi mama browsed internet , nak cari artikel about demam malam. Satu artikel yang mama suka nak share ni, mama baca kat www.iluvislam.com tulisan Dr Che Engku Nor Bahiyah bt Che Engku Muda.  Mama cuba buat ringkasan artikel tu ye.

Jangan ambil mudah kalau anak-anak demam. So, apa nak buat kalau anak demam:
    1. Kalau boleh anda ambillah cuti
Doktor kata, elok kalau mama ambil cuti untuk pantau keadaan anak. Tapi masa ni mama tak cuti sebab Naqib tak tunjuk tanda-tanda kritikal lain. Lagipun, Nenek lagi berpengalaman and boleh look after Naqib.

    1. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.
Antibiotik perlu bila demam sebab bacteria & tongsil bengkak SAHAJA. (oooooooooh, mama baru tahu tentang ini)
Kalau ambil antibiotik bila badan tak perlukan, antibody badan boleh jadi lemah.

    1. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.       Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.”
 
Mama rasa, Naqib demam viral sebab waktu siang Naqib cergas tak hengat!!

    1. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.
Bagus kalau standby ubat yang boleh turunkan temperature. Yang paling cepat bertindak ialah yang masuk ikut bawah tu. Other than that, papa dah standby kan cool fever (yang tampal kat dahi tu). Time Naqib dah lena je, baru mama boleh tampal. Kalau tak, Naqib cabut benda tu.

”Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg.”

    1. Kawal suhu.
Mama kena make sure suhu badan Naqib stabil setiap 2 jam. Kalau panas, boleh lap dengan air suam kat kepala & ketiak.

”Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.”

    1. Kalau demam berlarutan sampai 3 hari atau bertambah teruk (skali dengan muntah, sakit perut atau susah nafas), terus la bawa ke emergency room.

Lepas baca artikel ni, lega lah hati mama. Naqib demam viral je dan alhamdulillah, dah sembuh pun. Sebenarnya... Naqib demam rindu kat papa (yang dah 2 minggu ke offshore) and arwah atok (yang meninggal sebulan lepas) kan?


Regards,
FZL

No comments:

Post a Comment