Monday 12 September 2011

Pertemuan Terakhir (26 Ogos 2011)

Khamis : 25 August 2011
Aktiviti hari ini sama dengan rutin harian yang biasa. Hantar Naqib ke rumah nenek, pergi dan balik dari kerja, masak, berbuka puasa dan rehat. Since, esok suami saya dah apply cuti raya, dia kata nak tonton TV lama sikit. Saya dan Naqib masuk tidur dulu.

Dalam pukul 11 malam, tiba-tiba phone husband berbunyi. Saya tgk no KL yang appear so saya pass phone kepada dia. Ingatkan dari kawan-kawan dia, rupa-rupanya dari Angah Ling(abangnya).

Husband masuk bilik and siap-siap untuk ke Klinik Sungai Rengit. Katanya nak tengok Pak Teh (panggilan untuk bapa kandungnya) yang sakit. Medical assisstant kata kena hantar Pak Teh ke Hospital Kota Tinggi.

Dalam pukul 12.00am, husband balik hantar kereta and tunggu Angah Ling ambil untuk sama-sama ke Hospital Kota Tinggi.

Jumaat : 26 August 2011
Nota : catatan masa hanyalah sekadar anggaran.

4.00 am - Telephone saya berbunyi. Antara sedar dan tidak, saya menekan "answer". Saya dengar husband dengan suara tangisan berkata "Pak Teh dah nazak". Saya terpinga-pinga.. Baru petang tadi jumpa dia masa jemput Naqib.

Saya cuba positif. Mungkin masanya belum tiba. Tapi dalam masa yang sama saya juga berdoa agar Allah tentukan yang terbaik untuk Pak Teh.

5.30 am - Lepas bersahur, saya call husband untuk tanya perkembangan. Katanya, Pak Teh masih di dalam. Saya tanya suami kalau saya perlu mengambil emergency leave hari ini. Dia kata, standby je la kat rumah.

6.45 am - Suami call dan bagitau, Pak Teh telah tiada. Innalillah...Dia minta saya ke rumah laut(rumah mertua saya) dan tolong Along (isteri Angah Ling) get ready apa yang patut.

7.15 am - Suami call lagi. Kali ini katanya mesin kembali menunjukkan kadar denyutan jantung bermakna Pak Teh masih bernyawa.

8.30 am - Lepas kejut Naqib, bagi susu and mandikan dia, kiteorg ke rumah laut (Jarak rumah kami tak jauh). Masa tu rumah dah berkemas and ready untuk jenazah sampai. Masa tu dah ada 2-3 orang kampung yang datang melawat.

10.30 am - Suami call mengesahkan Pak Teh  kini telah tiada. 3 kali dia call bagitau bapanya telah tiada, 3 kali dia menangis. Ini kali pertama saya dengar suara dia menangis sejak saya mengenalinya.

Since, orang dah ramai kat rumah mertua, bacaan Yaasin dan Tahlil diadakan. Saya tak dapat concentrate membaca kerana perlu membantu menyediakan kelengkapan untuk pengkebumian (walaupun takdela sibuk sangat sebab banyak orang surau yang buat & Along pun dah siapkan awal).

11.45 am - Jenazah sampai. Masa ni dah tak boleh kawal perasaan sedih lagi dah bila tengok Mak Teh menangis. Lelaki yang menjadi suaminya selama hampir 50 tahun akhirnya meninggalkan dia... (Masa kenduri hari raya korban tahun lepas- 2010, dia kata nak buat kenduri sempena 50 tahun usia perkahwinan mereka pada 2012).

Aduh,Air mata ni asyik mengalir je. Naqib pula pelik kenapa mama dia nangis. Asyik sibuk minta tisu and lap my tears.

FZL :Naqib, tu atok. Atok dah takde.
Naqib : Atok sakit ( sbb dia nampak atok diselimukan dengan kain putih).
Berderai lagi air mata saya. Orang yang dengar Naqib cakap macam tu pun sama jugak.

Saya nampak suami saya yang kelihatan sangat letih mungkin sebab dia tak tidur malam tadi. Tambah pula level emosi yang sangat tak stabil. Dan... matanya merah.

Masa jenazah dibersihkan (sebelum mandi), husband bawa Naqib tengok.
Naqib : Atok mandi. (sebelum jenazah sampai, saya bagitau Naqib tu tempat atok nak mandi).

Since dah dekat waktu solat jumaat, urusan memandi, mengafan dah solat jenazah akan disambung usai solat Jumaat.

Dalam pada menunggu, Naqib dah mengamuk sebab saya rasa dia letih asyik berdukung je. Masa baca Tahlil, dia akhirnya tertidur.

Setelah jenazah selesai dikafankan dan dibawa ke hall rumah, saya sendir tak lagi dapat mengawal tangisan apatah lagi orang lain yang rapat dengan arwah. Isteri, anak-anak dan cucu-cucu mengelilingi jenazah bergilir memberi kucupan terakhir buat arwah. Semuanya dengan deraian air mata.. kecuali cucu-cucu yang kecik-kecik.

Sambil tu, saya nampak suami bagi signal minta saya bawa Naqib cium atok buat kali terakhir. Suami nampak hampa bila saya balas isyaratnya dengan isyarat " Naqib tidur".

Beberapa orang yang menziarah (mereka): Naqib tidur ker?
FZL : Dia tidur la.
mereka : Kesian nya. Nanti dia mencari pulak atok dia.
FZL : tu la. Takut jugak kot jadi macam tu (with tears in my eyes).

Selesai semua, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan selepas solat Asar.

*********************************************************************************************

Perkenalan
Tempoh saya mengenali arwah sangat singkat, kira-kira 5 tahun sahaja. Saya menghormatinya sebagaimana saya menghormati bapa saya. Namun, sejak 2 kebelakangan, sejak saya tinggalkan Naqib dibawah jagaan mertua saya sementara saya kerja, saya cuba untuk lebih mengenali arwah.

Arwah merupakan seorang imam untuk surau Kampung Simon. Dia juga merupakan bilal untuk solat jumaat bagi Masjid Teluk Ramunia. Rupa-rupanya, malam sebelum arwah meninggal, dia sempat mengImamkan solat terawih malam ke 26 sehingga ke rakaat yang ke 20.  Allah mengasihi arwah. DIA telah menetapkan arwah meninggal pada hari Jumaat, bulan Ramadhan.

Pemergiannya adalah sesuatu yang tak dijangka. Memang dalam tempoh 2 bulan dia memang selalu berulang ke hospital. Bermula dengan diserang Denggi, 2 kali dia dimasukkan ke wad. Kemudian dia dibawa untuk menjalani rawatan alternatif (saya tak tahu apa nama rawatan tapi jenis rawatan membersihkan darah). Dia nampak sangat cergas lepas rawatan tu. 

Memasuki bulan puasa, dia mengadu sakit perut. Sejak itu, 3 kali dia dibawa pergi ke HSA untuk check-up. The last one was on 24-8-2011.

Atok dan Naqib
Sejak berusia 2 bulan (skrg Naqib 31 bulan), Naqib saya tinggalkan dirumah mertua sementara waktu saya bekerja. So, mereka agak rapat. Sehingga hari ini, saya selalu teringat-ingat akan kenangan mereka berdua.

1.      Naqib pandai sebut ”atok” dulu berbanding ”mama”, ”papa” & ”nenek”.
2.      Setiap kali jumpa Naqib, mesti nak cium. Sampai sekarang Naqib selalu ikut atok cakap ” Masham” kalau sesiapa cium dia.
3.      Naqib lebih manja dengan atok berbanding nenek.
4.      Naqib selalu ikut atok bagi ayam makan. Tiap-tiap petang, dia akan ikut atok gi kat reban and bagi ayam makan. Kadang-kadang, Naqib akan kejar ayam-ayam tu.
5.      Naqib suka main bola sepak. Selalu lah atok yang melayan dia main bola. Semalam, masa Naqib main bola kat luar tiba-tiba nenek cakap ”Atok cari bola yang kecik tu. Ntah mana pergi nya” .  Kami  hanya mendengar tanpa membalas takut-takut kalau  nenek bertambah sedih.
6.      Selalu bawa Naqib naik motor pergi kedai. Masa atok meninggal, Kak Lela kata ” baru je aku jumpa dia bawa Naqib gi kedai”.
7.      Gambar terakhir atok dengan Naqib ialah masa sambut birthday Naqib yang ke-2 dulu. Baru teringat atok yang request snap gambar tu.

Begitu juga dengan cucu-cucunya yang lain. Atok memang rajin melayan. In fact, masa atok meninggal, hampir semua cucu-cucunya duduk sekeliling jenazahnya.

Di hari-hari terakhirnya
1)      Mengikut kata MIL, dia beriya-iya nak beli TV baru walhal sebelum ni dia susah betul nak tukar TV lama tu. So, 2 minggu sebelum tu dia beli Plasma TV, 42”.
2)      Suami saya kata antara hari gembiranya ialah masa dia main kejar-kejar dengan Naqib dalam minggu terakhirnya. Parut Naqib jatuh masa tu still ada sampai sekarang…
3)      Dia memakai kemeja yang kami belikan sebagai baju raya, untuk ke medical check up nya. Saya berkata dalam hati “ Eh, dah pakai baju raya”. Mungkin dia dah dapat rasa yang dia tak sempat pakai baju tu untuk raya.
4)      Dia beriya-iya menyuruh my MIL  mengemas rumah dan memasang carpet untuk menyambut raya. Sehari sebelum dia pergi saya nampak carpet dah siap dibentang. Rupa-rupanya persediaan tu sebenarnya untuk menyambut jenazahnya....
5)      Dia sempat khatam Al-Quran 2 kali dalam bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah My MIL kata dia tengah in process nak khatam kali ke-3.
6)      Kali terakhir saya melihat dia ketika hayatnya ialah pada sekitar jam 6pm ketika mengambil Naqib dari rumahnya.
FZL & Suami : Naqib, babai atok.
Naqib : Atok, jom naik car. (Sambil tunjuk seat belakang)
Arwah atok hanya melambai sambil tersenyum.
            Sampai sekarang masih tak sangka yang dia telah tiada.


Sehingga ke hari ini, masih lagi teringat-ingat akan arwah dan setiap kali teringat mesti bergenang air mata. Kadang kala, ketika memikirkan plan masa depan Naqib, secara tak sengaja termasuk kan Arwah dalam plan...

Bila Naqib dewasa nanti, mungkin dia dah tak ingat lagi pada Arwah Atok tapi selagi termampu, akan saya cuba untuk sentiasa mengingatkan Naqib yang dia pernah mempunyai seorang atok yang sangat baik. Buat masa ni, saya melatih Naqib untuk memberi salam setiap kali kami melalui tanah perkuburan atok.

Panjang sungguh catatan ini. Harapan saya agar ianya boleh dijadikan kenangan untuk Naqib bila dia besar nanti.

Akhir sekali ... semoga Arwah Bapa Mertua saya , Othman Bin Ahmad sentiasa dirahmati Allah.
Amin


Regards,
FZL

No comments:

Post a Comment